Tuesday, April 7, 2009

Warkah buat Dato' Seri Najib

Dato' Seri Najib,

Tahniah & Selamat berkhidmat untuk rakyat dan negara bertuah ini, jujurnya saya mungkin di kalangan yang muak dengan lakaran kepimpinan Pak Lah dan kemaharajalelaan Khairy Jamaluddin dalam memerah hasil negara tercinta ini.Semalam saya melihat Dato' Seri di TV3 dengan baju kemeja T tidak bertali leher , cukup selesa tidak berprotokol ,saya kira anda sedang memberi isyarat yang jelas kepada rakyat kecil seperti saya bahawa anda serius untuk
membawa gagasan anda Satu Malaysia, Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan.

Apa jua dosa yang kerajaan dulu sudah lakukan , rakyat sudah boleh berasa sedikit lega,
anda sudah diberi amanah ini untuk mencorak Malaysia selepas ini .
Saya kira rakyat sudah mendapat peluang untuk melihat Malaysia yang baru selepas ini ,
sebagai anak Tun Razak , saya kira anda mempunyai tugas yang berat
untuk meneruskan legasi kejayaan Tun Razak itu , namun saya dengan lapang dada merasakan
anda mampu menerajui Malaysia menongkah keadaan ekonomi tidak menentu ini , seterusnya
menghadapi pelbagai cabaran dalam mentadbir Malaysia .

Langkah seterusnya tentunya pembentukan pasukan yang akan membantu anda , jika boleh
pilihlah pemimpin yang tiada kontroversi , penuh integriti & kompeten , tiada perlunya melantik
seseorang yang membenarkan rakyat memberi persepsi yang buruk kepada kerajaan .

Perlantikan seharusnya berasaskan latarbelakang seseorang Menteri ke atas sesebuah kementerian ,
zaman Samy Velu ( saya tidak merasakan beliau ada sebarang kebijakan untuk posisi ini) menjaga
Kementerian Kerja Raya sudah berakhir. Sejarah melantik Menteri seperti ini seharusnya tidak wujud lagi.

Menteri yang sudah mempunyai peluang untuk berkhidmat sebelum ini , tetapi tidak memberi sebarang
kesan yang membina seharusnya dipinggirkan & diberi ruang untuk muka baru jikapun tiada ahli politik
kerajaan yang mampu menerajui kementerian (kritikal) lantik sahaja ahli masyarakat yang sememangnya
diperakui ketokohannya di dalam lapangan . Kementerian Pengajian Tinggi contohnya seharusnya meletakkan
seseorang yang sudah sampai ke kemuncak Pengajian tinggi itu sendiri seorang Professor yang pernah
menjadi NC di mana mana Universiti mungkin - contohnya.

Tun Mahathir sememangnya sudah dianggap lagenda di peringkat dunia sekalipun , melibatkan lagenda
besar ini di dalam kepimpinan anda sememangnya suatu tindakan yang terpuji , tidak angkuh dengan
kuasa yang anda ada , tahniah.

Pada pendapat saya untuk membentuk Satu Malaysia , titik pentingnya adalah perpaduan yang
mapan dikalangan rakyat untuk mencapai ini percayalah Malaysia masih belum terlambat untuk
menggunakan Bahasa Malaysia sebagai tonggak penting untuk membentuk Satu Malaysia .

Sekian , selamat maju jaya dalam memacu Malaysia ke tahap lebih tinggi .

LD

Monday, April 6, 2009

dinamisme mahasiswa : U - Wartawan

Hari ini mahasiswa hanya boleh dikatakan penting dan memberi sumbangan sebagai ejen perubahan negara selagi mereka tidak terlibat dengan tempias parti pembangkang , Malaysia sudah tidak mampu melahirkan kelompok mahasiswa yang benar benar memberi impak kepada perubahan negara , mana mungkin dengan situasi cengkaman yang begitu kuat di IPTA mahasiswa hari ini mampu mengulangi kesan seperti yang pernah dilakukan seperti isu Baling dahulu contohnya.

kerajaan baru pimpinan Datuk Seri Najib seharusnya lebih terbuka dengan mahasiswa ,apa guna meletakkan blok batu keras sebagai halangan sedangkan penghuninya itu sendiri sebenarnya dari sudut kebijakannya itu sudah boleh menilai mahu bersama tuan rumah atau jirannya , tetapi jika batu keras itu tiada mungkin 80% dari 100% dari yang mahu ke rumah jiran selesa dengan situasi tuan rumah yang tidak menekan, memberi layanan yang sempurna dan seterusnya mahu terus bersama tuan rumah.

potensi mahasiswa sebagai ejen perubahan negara seharusnya dikembangkan , aktiviti gotong royong dengan masyarakat & program anak angkat contohnya , yang bukan mahasiswa pun boleh sertai hasilnya sama sahaja .Penglibatan bakal pemimpin ini seharusnya diketengahkan di dalam membincang permasalahan isu semasa , diskusi yang melibatkan pimpinan kerajaan contohnya , idea dari kalangan ini tentu segar dan tanpa ada sebarang kepentingan :) .

Kalangan Mahasiswa ini juga seterusnya dibiarkan meluahkan pendapat mereka tanpa ada sebarang bayangan gelap tatkala mereka bersuara , sebagai seorang mahasiswa mereka juga tentunya akan memberi cetusan pendapat dengan penuh tanggungjawab .

"Intelligence plus character - that is the goal of true education " Dr. Martin Luther King, Jr.

MENGUASAI BAHASAI INGGERIS MELALUI PPSMI - U wartawan

Sememangnya Tun Dr. Mahathir banyak berjasa kepada rakyat Malaysia ,
tetapi untuk PPSMI saya tidak bersetuju dengan idea Tun,
di saat kita mahu bergerak bersama bangsa lainnya yang bangga
dengan identiti bangsa mereka, "Bahasa Jiwa Bangsa" apa kita
dengan mudah mengatakan hanya kerna kajian yang banyak di dalam
English kita dengan mudahnya menidakkan keupayaan Bahasa Malaysia?
jatidiri rakyat Malaysia pertamanya terhakis dengan pelaksanaan PPSMI ini,
kita punya berjuta duit untuk membeli kapal selam , apalah kiranya jika Malaysia
memiliki sebuah organisasi yang ditubuh khusus untuk menterjemah
semua hasil tulisan yang bersangkut paut dengan teknologi ini.

Saya dari kalangan yang belajar 100% menggunakan Bahasa Malaysia kecuali English,
tetapi akhirnya jika penguasaan ilmu itu sudah kuat , bahasa itu cuma peralihan sementara sahaja ,kerajaan juga tidak mampu menafikan kita masih menghasilkan professional yang memerlukan Sains & Matematik walaupun tanpa pelaksanaan PPSMI. Harus di ingat apakah negara yang menggunakan English adalah yang terbaik di dalam pelbagai teknologi hari ini, kita menggunakan teknologi Russia untuk menghantar anak Malaysia ke bulan, namun negara China menggunakan 100% bahasa Cina untuk menghantar warganya ke bulan, kita sudah seharusnya jangan ambil jalan mudah dalam semua hal.

Menolak PPSMI bukan memperkecilkan mereka yang tidak menguasai English ,
ianya adalah lebih kepada memberi peluang samarata kepada semua pelajar untuk
belajar , jika seseorang itu sudah sememangnya pintar boleh menguasai ilmu itu dengan baik bahasa yang mahu digunakan selepas mereka menguasai ilmu itu hanyalah proses peralihan bahasa sahaja tidak kiralah English ,Perancis ataupun bahasa Cina sekalipun , pemahaman ilmu itu lebih mudah jika Bahasa Malaysia digunakan , mengapa kita mahu memperlahankan suatu proses pembelajaran untuk mereka yang tidak menguasai English sedangkan kita memberikan jangkamasa yang sama untuk
semua pelajar untuk belajar subjek tersebut.

BERKOMUNIKASI BERSAMA PEMIMPIN - u-wartawan

Pemimpin atau yang mahu menjadi pemimpin hari ini bagaikan menggunakan letusan teknologi komunikasi hari ini antara penyebab naik turun karier politik mereka, jika dinilai secara adil ada orang muda atau kalangan yang tidak muda dari kalangan ini yang juga menggunakan Facebook, blog dan apa saja yang boleh disenaraikan , namun hanya Tun Dr Mahathir sahaja pemimpin di Malaysia yang setakat ini berjaya menggunakan teknologi ini ( di dalam kekangan terhadap beliau ) dan seterusnya idea atau suara beliau ternyata sampai kepada sasarannya. Ada pemimpin lain pula hanya berkomunikasi mengikut keadaan , semakin menghampiri Perhimpunan Agung UMNO contohnya , ledakan blog dari calon meletus dengan tiba-tiba , kita tunggu sahaja selepas pemilihan ini
berakhir mungkin blog ini semuanya juga akan senyap.

Saya tidak bersetuju jika media baru ini dikatakan mampu menyelesaikan masalah komunikasi atau birokrasi antara rakyat dengan pemimpin , ada pemimpin jika boleh disebut pemimpin ada Facebook atau blog , benar mereka mengutarakan pendapat atau idea mereka tetapi pada masa yang sama
mereka tidak bersedia dikritik , mereka tidak bersedia mendengar, mereka tidak mengalu-alukan komen yang dirasakan menjatuhkan mereka walaupun komen itu ada benarnya , hasilnya komunikasi itu masih juga sehala , komentar yang manis diterima hingga yang ke blog itu boleh membuat kesimpulan komentar yang disiarkan mungkin dari pekerja atau pemilik blog itu sendiri , blog seperti ini mudah ditemui anda boleh ke rembau.net untuk melihat situasi seperti ini , contohnya.

Apapun teknologi ini hanyalah alat yang boleh digunakan hasilnya masih bergantung kepada penggunanya itu sendiri , ada pemimpin yang tidak perlu menggunakan teknologi ini , Nik Aziz contohnya tiada Facebook atau blog beliau pemimpin yang bukan muda tetapi dek kerana peribadi diri beliau sendiri dan contoh kepimpinan yang beliau tampilkan masih mendapat rasa hormat yang begitu tinggi dari ramai golongan muda yang dikatakan mendominasi teknologi media baru ini.

Jikapun teknologi ini dikatakan juga sebagai antara cara untuk menabur fitnah dan sebagainya ke atas seseorang individu atau pemimpin , tetapi bak kata pepatah " kalau tiada angin masakan pokok bergoyang" .Kesimpulanya media baru ini hanya salah satu cara untuk berkomunikasi , hasilnya masih bergantung kepada peribadi individu atau pemimpin yang menggunakannya , jika seseorang diketahui umum sebagai perasuah namun dia masih mahu mengatakan dirinya penuh beritegriti guna media yang bagaimanapun belum tentu mampu membuat masyarakat menerima apa yang cuba disampaikannya.

Generasi tidak mengundi : u-wartawan

- muda atau tua pasti ada yang tidak mengundi , persoalannya mengapa ada kalangan yang tidak mengundi , kembali kepada asasnya mengapa antisipasi ke dalam proses demokrasi ini tidak menyentuh kalangan ini , pengundian semasa pilihanraya-semua faham ianya untuk memilih pemimpin yang akan wakili mereka , ke arah mana pilihannya bukan isunya ,

-pada pendapat saya kalangan yang tidak mengundi ini, mereka tidak merasakan proses demokrasi ini penting ,
mereka bukan tidak mencintai negara , bukan tidak sayang negara , jika ada orang luar yang melemparkan tohmahan ke atas Malaysia - walaupun tanpa mereka teliti tohmahan itu reaksi dari mereka pasti wujud - contohnya .

- bagaimana mereka mahu merasakan proses demokrasi itu penting jika pelakon utamanya sendiri mahu menonjolkan apa jua keputusan dari pengundian atau hasil pilihanraya itu , kerajaan tetap sama dari segi kualitinya ataupun sikapnya itu , jika sesuatu kerajaan ditohmah sebelum pilihanraya dengan pelbagai isu , kebetulannya kerajaan yang sama menang pilihanraya isu itu timbul lagi dalam pemerintahan seterusnya , kalangan ini tidak boleh dipersalahkan jika ini antara punca mereka mereka merasakan proses ini "pi mai pi mai tang tu".

- kerajaan yang memerintah juga perlu bertanggungjawab di dalam isu ini , pendidikan tentunya boleh menjadi alat paling berkesan untuk mendidik rakyat , seterusnya mampu memupuk semangat jatidiri kebangsaan yang kuat sehigga mampu menarik kalangan ini untuk terlibat secara langsung di dalam proses demokrasi ini.

- jika dilihat mengapa Obama berjaya menarik lebih ramai pengundi di dalam pemilihan Presiden Amerika yang lalu , Obama dilihat lebih rapat dengan kebanyakan rakyat Amerika - seterusnya mereka juga mempercayai aspirasi yang mahu Obama bawakan - Amerika boleh berubah.

- Saya percaya majoriti rakyat Amerika yang berkulit hitam tidak mengundi di dalam pemiihan presiden sebelum ini kerana pada mereka siapa juga presiden, nasib mereka sama sahaja , namun keputihan imej Obama , intelektualnya dan lain lain kualiti yang putih ditampilkan oleh Obama sebelum pemilihan Presiden mampu menarik kalangan yang tidak mengundi sebelum ini untuk mahu turut serta dalam mengangkat Obama sebagai Presiden .

- dari kisah Obama ini jelas jika calon pilihanraya itu sememangnya mampu memenuhi aspirasi pengundi , seterusnya pengundi boleh lihat undi mereka itu mampu menyumbang kearah kerajaan yang lebih baik sudah tentu kalangan yang tidak mengundi ini mungkinlah bukan semua tetapi majoritinya akan mengundi.

- seterusnya secara khusus di Malaysia , SPR juga seharusnya lebih telus mengemaskini datanya , nanti jangan dituduh penama ini tidak mengundi - tidak terlibat dalam proses demokrasi , walhal mereka ini sudah mati.. :)

Wednesday, August 13, 2008

Mahasiswa UITM - Jika Pelacur Politik Siapa Bapa Ayamnya?

13 Ogos 2008 ,

Berita TV3 melaporkan ribuan Mahasiswa UITM berdemostrasi membantah
cadangan Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim untuk membuka 10 peratus kuota kemasukan UiTM kepada bukan bumiputera.

Agak menarik situasi ini sebenarnya , sebagai graduan IPTA di Malaysia ini sesuatu yang sangat luarbiasa jika dapat melihat keadaan ini , apapun alasan kumpulan mahasiswa ini umum menyedari demonstrasi ini di"halalkan" kerana kenyataan ini bukan dari pihak kerajaan.

Tidak perlu diperdebatkan perlu atau tidak dibuka 10 peratus ini, kerana menurut Prof Khoo Kay Kim yang mengulas juga di Berita TV3 sebeum ini sudah dibuka kuota itu, cuma tiada yang berminat.

Menghairankan di mana suara Mahasiswa yang ribuan ini di kala rakyat di tekan dengan isu kenaikan minyak , tindakan kerajaan yang menggunakan alasan perlu di kaji dahulu harga minyak untuk diturunkan - mengecewakan bila mahu menaikkan harga kerajaan langsung tidak membuat sebarang kajian - jika ada umumkan - maaf kerajaan mungkin TIADA peruntukan untuk membuat kajian kesan keatas rakyat , mengapa tidak berdemonstrasi tentang isu ini? , apa semua bangsa Melayu kaya-raya? apa keluarga yang menghantar duit dari kampung itu tidak langsung terasa dengan kenaikan harga minyak?

di mana suara Mahasiswa yang ribuan ini di waktu bahasa Melayu dipersenda sehina-hinanya melalui iklan surat khabar yang umum ketahui siapa pemiliknya , mengapa tidak bersuara ? atau kumpulan Mahasiswa ini merasakan apa ada pada bahasa Melayu untuk mereka perjuangkan?

di mana suara Mahasiswa yang ribuan ini selepas mendengar saranan dari MCA untuk kerajaan membeli pengurusan lebuhraya untuk membolehkan rakyat menggunakan dengan percuma lebuhraya di Selangor- mengapa tidak perjuangkan ini ? atau mungkin kumpulan ini tidak bekerja di Selangor kelak?

di mana suara Mahasiswa yang ribuan ini berkaitan isu murtad di Malaysia ? mungkin mahasiswa ini terlalu tertutup pemikiran sehingga tidak mengetahui perkara ini? atau pada mereka murtad ini tiada kaitan dengan bangsa Melayu?

Mahasiswa UiTM ini bolehlah diumpamakan seperti "pelacur" yang bekerja untuk bapa ayamnya .

Mahasiswa UiTM ini tidak akan bersuara untuk isu isu ini adakah kerana isu ini tidak berkait dengan bangsa Melayu ? ianya berkait tetapi pelacur ini bapa ayamnya tentu sekali tidak bersetuju jika mereka berdemonstrasi untuk isu-isu yang lebih jelas seperti itu.

Mahasiswa Uitm ini tidak ikhlas di dalam melakukan demonstrasi ini , tindakan ini tidak lebih hanya memaparkan mereka hanyalah "pelacur politik" soalannya siapa bapa ayamnya?


-LD-

Wednesday, July 16, 2008

INFLASI

INFLASI

sumber -
http://www.sabah.org.my/bm/konsumer/panduan_pengguna/inflasi.asp

Kadar perturnbuhan ekonorni Malaysia yang tinggi, pada paras lebih 8 peratus setahun sejak lapan tahun berturut-turut kebelakangan ini menimbulkan tekanan yang tinggi kepada inflasi di Malaysia. Kadar inflasi telah meningkat dari 0.4 peratus dalarn tahun 1985, ketika Malaysia mengalarni kernelesetan ekonorni terus kepada 4.7 peratus dalarn tahun 1992 . Walau bagaimanapun, kadar inflasi menurun kepada 3.5 peratus pada tahun 1995 dan 3.6 peratus bagi sembilan bulan pertarna tahun 1996. Setakat ini kadar inflasi di Malaysia masih boleh dikatakan rendah dan adalah terendah jika dibandingkan dengan negara-negara membangun yang lain .

APA ITU INFLASI?

Pada urnumnya inflasi bermakna "kenaikan yang berterusan dalarn tingkat harga urnum". "Harga umum"
bermaksud harga yang menggambarkan paras harga bagi keseluruhan barangan dan perkhidmatan yang ada dalarn sesuatu ekonorni pada sesuatu masa tertentu. Oleh kerana terlalu banyak bilangan barangan yang terdapat pada sesuatu masa, maka arnat sulit untuk mendapatkan sernua harga barangan dan perkhidmatan berkenaan. Oleh itu, satu kaedah telah dibentuk untuk mengukur paras harga urnum ini dengan mengambil sebilangan barangan dan perkhidmatan tertentu sebagai mewakili keseluruhan barangan dan perkhidmatan yang ada dalarn sesuatu ekonorni dan harga mereka diukur dengan rnenggunakan Indeks Harga. Seringkali koleksi barangan dan perkhidmatan yang diambil itu mewakili barangan dan perkhidmatan yang digunakan oleh pengguna. Oleh itulah indeks harga ini dinamakan Indeks Harga Pengguna (IHP) dan bagi Malaysia, indeks ini dikeluarkan dari masa ke masa oleh Jabatan Perangkaan.

"Kenaikan yang berterusan" bermaksud bahawa inflasi hanya berlaku pada ketika paras harga urnum
meningkat secara berterusan dalarn satu-satu tempoh tertentu sahaja. Sesuatu kenaikan harga yang bersifat sementara seperti kenaikan harga akibat musim kernarau atau kenaikan harga kerana meningkatnya kadar cukai jalan tidak dianggap sebagai inflasi kerana kenaikan harga sebegini hanya berlaku sekali sahaja.



INDEKS HARGA PENGGUNA

Indeks Harga Pengguna (IHP) merupakan kaedah yang digunakan untuk mengukur atau menentulkan kadar inflasi. IHP mengukur harga purata barangbarang dan perkhidmatan yang biasanya digunakan oleh pengguna. IHP diukur dengan membandinglkan purata harga barangan dan perkhidmatan pada tahun asas dengan purata harga bagi tahun sernasa. Sementara itu kadar inflasi pula adalah peratus
perubahan paras harga barangan dan perkhidmatan tahun semasa berbanding tahun asas. IHP mengambilkira lebih kurang 430 item barangan dan perkhidmatan yang digunakan oleh seunit isi rumah secara am (average household expenditure).



KESAN-KESAN INFLASI

Inflasi banyak memberi kesan negatif kepada ekonomi dan penduduk sesebuah negara. Kadar inflasi yang tinggi akan meningkatkan kos hidup rakyat dan ini akan mengurangkan taraf hidup mereka. Agihan faktor-faktor pengeluaran juga tidak cekap dan akan merugikan ekonomi berkenaan.

Bagi individu, inflasi akan mengurangkan pendapatan benar mereka. Keadaan ini menjadi serius jika kadar kenaikan harga atau kadar inflasi jauh lebih tinggi daripada kadar kenaikan pendapatan wang individu berkenaan. Pengurangan pendapatan benar akan berlaku dengan ketara kepada pekerjapekerja yang berpendapatan tetap.


Sewaktu ekonomi menghadapi inflasi, kesan agihan amat dirasai. Bagi mereka yang menabung,
yang menerima pencen, yang memiliki bon dan polisi insuran, nilai sebenar (dalarn eftikata kuasabeli wang) tabungan, nilai pencen, nilai bon atau polisi insuran mereka merosot. Ini kerana sewaktu inflasi, kadar faedah benar adalah rendah dan mungkin negatif berbanding dengan keadaan tanpa inflasi. Bagi mereka yang berhutang dan yang memberi hutang agihan semula pendapatan juga akan berlaku. Bagi yang berhutang, mereka beruntung kerana nilai benar wang bayaran hutang yang dijelaskan sudah menurun berbanding keadaan sebelumnya. Yang memberi hutang pula akan rugi kerana nilai benar bayaran hutang yang diterima menjadi rendah daripada keadaan tanpa inflasi.

Inflasi juga akan memberi kesan kepada pelaburan dalam negara. Dengan meningkatnya paras harga, pengeluaran barangan dan perkhidmatan yang dieksport boleh kehilangan daya saing. Dengan kehilangan daya saing ini, pendapatan eksport akan menurun dan ini akan mengurangkan pelaburan dalam industri-industri berkenaan.

FAKTOR-FAKTOR YANG MEMYEBABKAN INFLASI

Secara umumnya, inflasi boleh disebabkan oleh mana-mana satu dari faktor-faktor berikut atau kombinasi faktor-faktor ini :

1. Inflasi Tolakan Kos
Inflasi tolakan kos adalah disebabkan oleh kenaikan kos pengeluaran yang tinggi. Kenaikan kos pengeluaran ini disebabkan oleh kenaikan harga bagi faktor-faktor pengeluaran seperti tingkat upah. Sebagai contoh, jika kadar upah meningkat dengan tinggi, maka kos pengeluaran akan meningkat.

Apabila kos pengeluaran meningkat, maka pengeluar yang sentiasa mahu memaksimumkan keuntungan akan mengenakan harga yang tinggi kepada pengguna. Selepas merasakan kesan kenaikan harga ini (penurunan dalam tingkat pendapatan benar), pengguna yang juga bekerja (dianggap sebagai buruh) akan meminta kenaikan gaji yang baru dan lebih tinggi bagi menampung peningkatan harga ini. Jika permohonan mereka berjaya, kos pengeluaran akan meningkat dan seterusnya pengeluar pula akan meningkatkan harga mereka. Tingkat harga umum akan meningkat sekali lagi.

2. Inflasi Tarikan Permintaan
Inflasi tarikan permintaan berpunca daripada ketidakseimbangan antara jumlah permintaan dengan jumlah penawaran barangan dan perkhidmatan dalam sesebuah negara pada sesuatu masa tertentu. Jika berlaku peningkatan jumlah permintaan yang tinggi berbanding dengan jumlah penawaran, maka inflasi akan wujud. Keadaan ini wujud apabila peningkatan permintaan berlaku pada masa ekonomi negara berada pada tingkat gunatenaga penuh. Apabila sesebuah ekonomi mencapai gunatenaga penuh seperti yang Malaysia alami pada masa ini tingkat pengeluaran sukar dinaikkan dengan cepat untuk menampung permintaan yang melambung ini, sama ada oleh sebab kekata,n pasaran buruh atau pembekalan barangan. Peningkatan jumlah permintaan pula boleh berpunca kepada:

a) Peningkatan Tinglkat Pendapatan
Peningkatan yang tinggi dalam permintaan agregat disebabkan oleh peningkatan dalam pendapatan pengguna. Pendapatan yang tinggi ini akan meninggikan kecenderungan pengguna untuk berbelanja dan ini akan meningkatkan jumlah permintaan dalam sesebuah ekonomi. Pada kebiasaannya, peningkatan pendapatan pengguna berlaku pada ketika ekonomi mengalami pertumbuhan yang tinggi.

b) Peningkatan Penawaran Wang
Penawaran wang yang banyak dalam sesuatu ekonomi boleh meningkatkan jumlah permintaan dalam negara. Jika penawaran wang tidak dikawal, maka ekonomi pada keseluruhannya mempunyai kadar kecairan yang tinggi dan ia akan meningkatkan jumlah permintaan dalam negara. Jika terlalu banyak wang yang mengejar barangan dan perkhidmatan yang sedikit, maka inflasi akan wujud.

3. Inflasi Diimport
Inflasi diimport boleh disebabkan oleh dua faktor: peningkatan harga barangan dan perkhidmatan yang diimport dan penurunan kadar pertukaran asing.

i. Peningkatan Harga di Luar Negara
Inflasi boleh menyerap dalam sesebuah negara melalui import. Ini terutamanya benar bagi sesebuah ekonomi terbuka seperti Malaysia yang banyak mengimport barangan dan perkhidmatan dari luar negara. Jika hargaharga import ini meningkat, maka ia akan memberi kesan kepada harga dalam negara.

ii. Penurunan Kadar Pertulkaran Wang
Inflasi import ini juga dipengaruhi oleh kadar pertukaran wang di antara Malaysia dengan negara luar. Umpamanya, jika kadar pertukaran wang Malaysia dengan Amerika jatuh (bermakna semakin banyak RM diperlukan untuk membeli satu dollar Amerika), maka dengan secara langsung Malaysia terpaksa membelanjakan banyak wang untuk mendapat sejumlah barangan dan membayar dengan harga yang tinggi. Tentunya harga yang tinggi ini akan dikenakan ke atas pengguna dalam negara.

4. Jangkaan Pengguna
Inflasi juga dipengaruhi oleh jangkaan pengguna.
Jika pengguna membuat jangkaan yang harga akan naik pada masa hadapan, mereka akan berbelanja sekarang dan ini akan menambah jumlah permintaan dalam sesuatu ekonomi. Seterusnya, ini akan memberi peluang kepada pengeluar untuk mengambil kesempatan untuk meningkatkan harga.

Secara umumnya, inflasi boleh disebabkan oleh mana-mana satu dari faktor-faktor berikut atau kombinasi faktor-faktor ini :

1. Inflasi Tolakan Kos
Inflasi tolakan kos adalah disebabkan oleh kenaikan kos pengeluaran yang tinggi. Kenaikan kos pengeluaran ini disebabkan oleh kenaikan harga bagi faktor-faktor pengeluaran seperti tingkat upah. Sebagai contoh, jika kadar upah meningkat dengan tinggi, maka kos pengeluaran akan meningkat.

Apabila kos pengeluaran meningkat, maka pengeluar yang sentiasa mahu memaksimumkan keuntungan akan mengenakan harga yang tinggi kepada pengguna. Selepas merasakan kesan kenaikan harga ini (penurunan dalam tingkat pendapatan benar), pengguna yang juga bekerja (dianggap sebagai buruh) akan meminta kenaikan gaji yang baru dan lebih tinggi bagi menampung peningkatan harga ini. Jika permohonan mereka berjaya, kos pengeluaran akan meningkat dan seterusnya pengeluar pula akan meningkatkan harga mereka. Tingkat harga umum akan meningkat sekali lagi.

2. Inflasi Tarikan Permintaan
Inflasi tarikan permintaan berpunca daripada ketidakseimbangan antara jumlah permintaan dengan jumlah penawaran barangan dan perkhidmatan dalam sesebuah negara pada sesuatu masa tertentu. Jika berlaku peningkatan jumlah permintaan yang tinggi berbanding dengan jumlah penawaran, maka inflasi akan wujud. Keadaan ini wujud apabila peningkatan permintaan berlaku pada masa ekonomi negara berada pada tingkat gunatenaga penuh. Apabila sesebuah ekonomi mencapai gunatenaga penuh seperti yang Malaysia alami pada masa ini tingkat pengeluaran sukar dinaikkan dengan cepat untuk menampung permintaan yang melambung ini, sama ada oleh sebab kekata,n pasaran buruh atau pembekalan barangan. Peningkatan jumlah permintaan pula boleh berpunca kepada:

a) Peningkatan Tinglkat Pendapatan
Peningkatan yang tinggi dalam permintaan agregat disebabkan oleh peningkatan dalam pendapatan pengguna. Pendapatan yang tinggi ini akan meninggikan kecenderungan pengguna untuk berbelanja dan ini akan meningkatkan jumlah permintaan dalam sesebuah ekonomi. Pada kebiasaannya, peningkatan pendapatan pengguna berlaku pada ketika ekonomi mengalami pertumbuhan yang tinggi.

b) Peningkatan Penawaran Wang
Penawaran wang yang banyak dalam sesuatu ekonomi boleh meningkatkan jumlah permintaan dalam negara. Jika penawaran wang tidak dikawal, maka ekonomi pada keseluruhannya mempunyai kadar kecairan yang tinggi dan ia akan meningkatkan jumlah permintaan dalam negara. Jika terlalu banyak wang yang mengejar barangan dan perkhidmatan yang sedikit, maka inflasi akan wujud.

3. Inflasi Diimport
Inflasi diimport boleh disebabkan oleh dua faktor: peningkatan harga barangan dan perkhidmatan yang diimport dan penurunan kadar pertukaran asing.

i. Peningkatan Harga di Luar Negara
Inflasi boleh menyerap dalam sesebuah negara melalui import. Ini terutamanya benar bagi sesebuah ekonomi terbuka seperti Malaysia yang banyak mengimport barangan dan perkhidmatan dari luar negara. Jika hargaharga import ini meningkat, maka ia akan memberi kesan kepada harga dalam negara.

ii. Penurunan Kadar Pertulkaran Wang
Inflasi import ini juga dipengaruhi oleh kadar pertukaran wang di antara Malaysia dengan negara luar. Umpamanya, jika kadar pertukaran wang Malaysia dengan Amerika jatuh (bermakna semakin banyak RM diperlukan untuk membeli satu dollar Amerika), maka dengan secara langsung Malaysia terpaksa membelanjakan banyak wang untuk mendapat sejumlah barangan dan membayar dengan harga yang tinggi. Tentunya harga yang tinggi ini akan dikenakan ke atas pengguna dalam negara.

4. Jangkaan Pengguna
Inflasi juga dipengaruhi oleh jangkaan pengguna.
Jika pengguna membuat jangkaan yang harga akan naik pada masa hadapan, mereka akan berbelanja sekarang dan ini akan menambah jumlah permintaan dalam sesuatu ekonomi. Seterusnya, ini akan memberi peluang kepada pengeluar untuk mengambil kesempatan untuk meningkatkan harga.

LANGKAH MEMBENDUNG INFLASI

Objektif utama kerajaan ialah menstabilkan harga dalam keadaan ekonomi membangun dengan pesat. Langkah-langkah utama kerajaan dalam usaha memerangi inflasi boleh dibahagikan kepada tiga kategori iaitu langkah-langkah fiskal, kewangan dan pentadbiran.

Dasar Kewangan (Monetary Policy)
Kerajaan mengamalkan dasar kewangan yang ketat untuk mengurangkan pertumbuhan penawaran
wang di pasaran termasuk juga menetapkan kadar faedah pinjaman yang tinggi untuk mengelakkan perbelanjaan awam yang banyak melalui pinjaman serta mengetatkan syarat-syarat pengeluaran kad kredit.

Dasar Fiskal (Fiscal Policy)
Ini termasuk pengawalan cukai bagi barangan termasuk makanan, barang-barang isi rumah, barangbarang elektrik, elektronik dan sebagainya.

Pentadbiran

i. Menggalakkan Persaingan
Kerajaan akan meneruskan usaha menggalakkan persaingan yang lebih sihat antara industri untuk menghasilkan produktiviti yang tinggi, permodenan teknologi dan daya saing industri dari segi harga produk.

ii. Memperbalki Sistern Pengangkutan
Sistem pengangkutan awam sedang diperbaiki bagi memastikan pengangkutan barangan dan perkhidmatan menjadi cekap dan efisyen. Pembinaan LRT, lebuhraya dan sistem baru keretapi adalah usaha-usaha mengatasi kesesakan. Mengenai makanan, kerajaan menggalakkan peningkatan kapasiti pengeluaran.

iii. Kapasiti Pengeluaran Makanan
Agensi-agensi kerajaan yang lain seperti Kementerian Pertanian, Kerajaan-Kerajaan Negeri, Lembaga Kemajuan lkan Malaysia (LKIM), Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) dan badan-badan berkaitan diberi galakan untuk meningkatkan kapasiti pengeluaran makanan.

KEMPEN ANTI-INFLASI DI SELURUH NEGARA
Kerajaan menyedari bahawa inflasi boleh menimbulkan kesan buruk kepada perkembangan ekonomi negara, kos sara hidup dan taraf hidup orang berpendapatan rendah. Kerajaan telah melaksanakan Kempen Anti Inflasi melalui media cetak dan elektronik untuk meningkatkan kesedaran dan perubahan sikap pembeli supaya mereka boleh mengambil langkah-langkah positif untuk membantu membendung inflasi. Objektif utama kempen ialah untuk mengurangkan kadar inflasi ke tahap yang paling rendah sehingga mencapai tahap sifar seperti yang dihasratkan oleh YA.B. Perdana Menteri.
Kempen ini diasaskan kepada konsep untuk memupuk pemikiran masyarakat supaya membanteras inflasi dengan menggalakkan pengguna supaya:

* membeli barang buatan Malaysia
* mengelakkan pernbelian tidak dirancang
* membeli hanya barangan yang benar-benar diperlukan
* menggalakkan para pengguna berjimat cermat dan menabung
* mengurangkan pernbelian menggunakan kad kredit
* elakkan amalan mencatut (profiteering) oleh para peniaga.
* menggalakkan pembentukan imej pengguna bijaksana.

Kempen melalui media cetak dan elektronik ini adalah bertemakan "Inflasi Sifar Sasaran Kita".

Inflasi Sifar
Inflasi sifar bermakna sesuatu keadaan di mana tidak berlaku apa-apa kenaikan pada Indeks Harga Pengguna tahun semasa berbanding dengan Indeks Harga Pengguna tahun asas. Dalam keadaan ini paras harga kekal dan tidak berubah bagi tempoh masa tertentu.

Takrifan Inflasi Sifar Dalam Kempen Anti Inflasi Kerajaan
Sementara itu inflasi sifar dalam konteks Kempen Anti Inflasi yang dilaksanakan oleh kerajaan adalah merujuk kepada usaha-usaha kerajaan mengekalkan paras harga bagi barangan dan perkhidmatan perlu yang biasanya digunakan oleh sebahagian besar rakyat di negara ini terutamanya bagi mereka yang berpendapatan rendah seperti barang makanan, pengangkutan bas, teksi, kos rumah murah, sewa rumah murah, utiliti dan sebagainya.

Peranan Pengguna Dalam Menangani Masalah Inflasi
infla3.jpg (23583 bytes)Pengguna mempunyai peranan yang penting dalam melawan inflasi. Dengan kebijaksaan yang ada, pengguna boleh mencorak semula perbelanjaan mereka sewaktu ekonomi berada dalam keadaan inflasi. Pengguna boleh mengurangkan paras perbelanjaan dengan berbelanja ke atas barangan dan perkhidmatan yang perlu sahaja. Pengguna tidak perlu mempunyai jangkaan inflasi yang boleh memburukkan keadaan. Dalam keadaan-keadaan tertentu, pengguna boleh juga mencari barangan atau perkhidmatan pengganti yang lebih murah harganya. Kempen Anti-Inflasi serta program-program yang lain bertujuan mendidik pengguna tentang hak-hak pengguna, tentang pengurusan ekonomi rumah tangga dan tentang bahaya inflasi. Nasihat kepada pengguna ialah sebelum berbelanja mereka haruslah:

* merancang perbelanjaan
* dapatkan nilai bagi wang
* elakkan perbelanjaan berlebihan

sumber -
http://www.sabah.org.my/bm/konsumer/panduan_pengguna/inflasi.asp